Cepatnya Masa Berlalu

Greeting Text

Assalamualaikum & Hi.

Selapas tinggalkan blog lebih kurang 3 tahun lebih, banyak sangat perkara yang dah berlaku. Disebabkan aku takda tulis dekat mana-mana, cuma adalah beberapa keping gambar je, rasanya aku boleh simpan kenangan disamping berkongsi cerita dekat sini.

Since this is my first post selepas 3 tahun lebih, aku nak share liku-liku kehidupan aku sikit lah ye. Tapi ada banyak liku yang dah lupa. Biasalah. Manusia kan.

2013
Stop berblogging. Focus SPM lah kononnya. Masa ni everything happens so fast. Tup tup dah habis SPM. SPM habis awal bulan Disember tapi tak ingat exact date.
Unforgettable 5SN1 Geek
Kehidupan selepas SPM
Lebih kurang seminggu lepas habis SPM, on the way pergi interview Educamp UTP dekat Perak, result Fast Track UPM keluar. Masa tu aku tak tahu nak happy ke sedih ke apa. Apa yang aku fikir cepatlah habis interview ni, nak balik.

Less than 2 weeks untuk decide nak pergi ke taknak UPM ni. Nak dijadikan cerita entah macam mana lepas balik Perak tu demam pulak, pergi klinik sampai tiga kali, Yang first, doktor cakap kalau tak baik datang lagi. Kali kedua, kena ambil darah sebab takut denggi tapi luckily bukan denggi. Yang ketiga, satu badan naik bintik-bintik merah, ambil darah, rupanya demam campak. Hahahahaha. Waktu ni aku rasa aku lah orang paling lemah sekali. Masa keluar bintik-bintik merah tu memang cuak tau. Sampai aku google pasal demam denggi semua. So dalam masa aku demam ni kena buat keputusan nak pergi ke tak, sebab banyak benda nak kena settle kan.

28 Disember 2013 aku daftar Asasi Sains Pertanian Laluan Pantas UPM. Budak 17 tahun buat keputusan masa demam and mostly preparation parents yang buat. Alhamdulillah 2 hari before hari pendaftaran dah baik demam. Intake Asasi Fast Track ni tak ramai pun. And most of them dari SBP MRSM. Sekolah harian macam aku ni ada tapi tak ramai lah.

2013/2014
28 Disember 2013 - 15 Ogos 2014 (8 months)
Life as students. Asasi Trackers Batch 3. Orientasi 2 hari which is 28-29 Disember 2013. 30 Disember 2013 dah start class.
Asasi Fast Track UPM ni macam mana? Aku explain briefly jelah, nak tahu lebih lanjut pm tepi eh.

Sama je macam asasi biasa. Cuma tempoh belajar 8 bulan. And masuk degree cepat sikit. Kalau aku masuk asasi biasa, aku masuk degree September 2015. Tapi kalau masuk Asasi Fast Track, masuk degree September 2014. Cepat setahun lah pendek cerita.

Haa yang pasal interview UTP tu, aku dapat. Alhamdulillah murah rezeki. Tapi masa tahu keputusan ni, dah masuk UPM dah. Aku memang taknak pergi pun taktahu kenapa. So life diteruskan dekat UPM.
Masa asasi ni dapat aku merasa macam mana perasaan naik wheel chair. Serious kot ni. Pergi kelas pun pakai selipar jamban.
Masa lepas test 1, aku rasa down. Padahal baru test 1 kot. Rasa macam nak keluar sebab confident level aku dah takda untuk teruskan. Tapi entah macam mana & dari mana aku dapat confident untuk habiskan asasi ni. Dan sekarang aku sedar result test 1 aku tu bukan teruk pun tapi entah kenapalah nak down.

Dekat sini lah aku jumpa orang jawab exam calculus tak guna calculator. Just imagine how amazing budak2 dekat sini. Akuni 2 tambah 3 dengan 2 darab 3 pun tekan calculator.
Ni nama dia tut. Waktu Form 5 belajar teori. Masuk asasi teori ada, amali pun ada. Taktahulah menjadi ke tak. Tak pergi check pun.
Ni waktu amali pertanian dekat ladang kelapa sawit. Penat dia memang penat tapi ni lah orang cakap pengalaman.
Katanya permohonan Asasi Fast Track 2016 ditangguhkan. Aku pun tak tahu kenapa.

2014
September 2014
Daftar degree. Bacelor Sains (Kepujian) Major Statistik UPM. 

Aku nak cerita masa dapat tahu keputusan degree ni. Masa result ni keluar, aku tengah sibuk study Organic Chemistry which is last paper final exam untuk asasi. Kau bayangkanlah exam final kau belum habis tapi keputusan degree dah keluar. Lagi2 esoknya tu Organic Chemistry. Mood nak study tu hilang serta merta tapi nak taknak kena study jugak lah kan. Tapi dekat surat tawaran tulis tawaran bersyarat.

2016
Pung pang pung pang sekarang dah 2016 aku pun dah masuk 20 tahun. I have finished my first and second year degree. Another 2 years left. Banyak perubahan dekat diri aku ni aku rasa sejak 2013 sampai sekarang.

Blog ni still under construction lagi. Dah besar nak tukar style orang dah besar lah. Haha.

Rezeki orang kita tak boleh nak persoalkan. Ada sebab & hikmah kenapa takdir kita macamtu. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak semua apa yang kita ada orang lain ada & tak semua apa yang orang ada kita pun ada. Kan? Sebabtu takda manusia yang sempurna.