Sydney, Australia

Greeting Text

Tengok tajuk dah boleh agak kan aku nak cerita pasal apa. Aku cuma nak share experience & simpan kenangan dekat sini. Kalau nak duduk bercerita pasal ni memang takda pun orang nak dengar cerita akuni. Nak tahu? Jom sambung baca.

So, the journey begins.

29/09/2016-07/09/2016
Actually aku pergi program mobiliti 10 hari under fakulti, study tour gitu. Bukan permanent jadi student sana pun tapi dulu pernah & selalu jugaklah berangan nak belajar oversea. Hahaha.

Ini semua rezeki. Dari dulu aku memang nak study oversea. Nak. Nak sangat. Alhamdulillah dapat pergi walaupun hanya 10 hari. This is the power of doa. Kau nak capai sesuatu satu je jangan pernah lupa. Berdoa. Kalau kau tak dapat sekarang, kau mesti akan dapat juga one day.

Masa nak pergi ni tak ramai pun yang tahu. Macam biasa, aku bukan taknak bagitahu tapi aku taktahu nak bagitahu macam mana.

28 Ogos 2016
Ini duit AUD. Masa aku tukar rate dia 1AUD=RM3.10.

3 lelaki 11 perempuan.

Apa2 hal ambil gambar dulu. Hahaha.

Flight pukul 11.40 pm.

5 ketul manusia yang suka bertikam lidah. Kenapa muka aku paling besar ni? ><

Let's gooooo. Masa ni takda pun rasa yang aku ni nak pergi Sydney. Heartless. Makan ubat mabuk belum apa2 dah terlena.

29 Ogos 2016
Flight around 8 hours untuk sampai Sydney. Masa sampai sana baru ada feel yang "Omg, aku dekat Sydney sekaranggggg!". Sumpah masa dalam flight pun still takda feel yang aku ni nak pergi Sydney. Sampai sana around 7.30 a.m.(Malaysia), 10.30 a.m.(Sydney). Waktu ni sejuk dia macam sejuk dalam aircond. Tak sejuk sangat tapi kalau orang Malaysia tak pakai sweater tu menggigil lah. Australian relax je pakai singlet dengan slipper.


Australia punya security ketat. Kena declare everything lebih2 lagi kalau bawa makanan. Kalau makanan tu takboleh bawak masuk redha jelah masuk tong sampah. Tapi, ikut nasib jugak. Kalau tak sure, declare je everything. Better declare daripada kena saman.

Kalau tak pakai lipstick muka macam pucat sebab kesejukan. Acah je camni padahal kaki gigil2.



Tempat tinggal dekat Ryde. Jauh sikit dari tengah2 bandar Sydney tapi dekat dengan universiti yang kitorang visit. Then, check-in & solat. Lepas zohor pergi mall yg berdekatan beli simcard, opal card (macam touch n go), cari makanan & jalan2.


So malamtu kitorang makan ni. Yeah masak sendiri. Satu packet spaghetti for AU $1. Affordable.

Dekat sini tengah late winter nak masuk spring. So pukul 5/6 kedai tutup dah. Kalau bukak pun kedai makan.

Malamtu takda buat apa2. L lepak2 main game werewolf. Game werewolf ni lah yang menguatkan ukhuwah 14 ketul manusia ni dekat sana.

30 Ogos 2016
Disebabkan subuh awal, so kenalah bangun awal kan. Tapi kecundang jugak tidur lepas subuh sebab malamtu tak sedar diri tidur lambat main werewolf. Hohoho.

Since first day nak pergi Macquarie Uni, kitorang keluar awal. Orientation start pukul 10, pukul 8 dah tunggu bas. Australian people sangat punctual so malulah kalau kita lambat.
Dkt sana ada signboard itik. Dekat Malaysia signboard lembu.

View dekat sini sangat cantik. Serious talk. Most of gambar dkt sini tak edit pun dah cantik.


Acah belajar dekat rumput.

This is my student card. Even though just for 10 days. Tak ready pun nak kena ambil gambar masa kena buat student card ni. Nasib baik just nice je gambar. And this student card siap around 5-10 minutes je lepas ambil gambar. Very productive.

Lepas zohor, schedule cakap ada Sydney Sightseeing. So follow the schedule and we are here.

Ni masa dalam train. Train ni dua tingkat. Orang depan akutu dia mcm tourist guide lah. Tapi dia student Macquarie University jugak. Umur dia dah 28. Jari dia injured, patah sebab malam before tu dia mabuk sebab girlfriend dia tipu dia. Dia tumbuk dinding. Aku dengar dia cerita wow macam drama. Hahaha.

Cruise. Serious besar.

My first jump D'Sydney.

Sydney Opera House. 


Sydney Habour Bridge.

Since dah nak maghrib, 6lebih mcmtu and dah gelap, hajat nak makan pancake terpaksa dibatalkan and straight balik motel sebab kitorang still taktahu transport last ada pukul berapa. Untuk elak apa2 berlaku, so better balik je dulu.

Apps Google Maps sangat membantu dan berguna dekat sana. Dekat Malysia sumpah aku tak pernah bukak apps tu. Dekat sana Australian people yang ajar guna Google Maps. Just enter destination kita, tadaa ada choice. Sampai nombor bus and pukul berapa bas sampai pun ada. Very very useful.

Balik bilik tunggu orang bilik sebelah masak. Then makan sesama. Fefeeling raya di perantauan pulak sebab ada nasi impit. Hahaha.

31 Ogos 2016
Semua berbaju kurung pada Hari Kebangsaan. Dahla sejuk, angin masuk ikut kain menggigil satu badan.

Sambut Merdeka di perantauan. Acah acah sikit.

Cubaan ambil gambar dengan bendera Malysia gagal sebab angin kuat sangat. Gambar paling sopan I think. Muka teruk gila terpaksa blurkan.

Kononnya taknak pakai sweater. Tapi kecundang jugak sebab sejuk woih.
Cafetaria Macquarie University. Kalau tak silap aku dekat cafe ni 2 ke 3 kedai je yang halal. Nak taknak makan kebab jelah dekat sini. Tapi portion dia besar. So kitorang pun amalkan konsep sharing is caring.

1 gambar seribu makna. Masa ni 3 ketul manusia ni except the korean girl, terpisah dari kengkawan yang lain. Kitorang ternaik train awal. Yeah as I said Australia ni sangat punctual. Kalau train tu nak tutup pintu, dia tutup je, takda tunggu2 orang walaupun train kosong. So, nak dijadikan cerita dua orang lagi tu tak beli simkad so kawan yang lain hanya boleh contact akuje sebab akuje yg beli simkad. Nasib baik jugaklah aku ternaik awal, kalau tak mana nak cari. As Australia is a safe country takdelah aku risau sangat. As long as phone (yang ada battery) is with you. This korean girl yang tolong kitorang platform mana nak naik untuk ke Auburn sebab kitorang mcm lost sangat. Hahaha nasib baik aku tahu nak pergi mana. Dia duduk Australia & dia pun guna Google Maps tau. So sangat berfungsi ye Google Maps ni dekat sana. 


Nice weather.

1 Semptember 2016
Nak masuk class tapi diorang ada exam. So marilah bergambar dulu.

Panas tapi berjacket. Angin dia aku tak boleh tahan.

Cubaan melompat gagal. Sebenarnya ramai je orang tapi peduli apa aku nak lompat jugak.

Lab visit. Focus gila muka aku memang takleh cover dah. Kagum dengan kecanggihan lab dekat sana.

14 ketul manusia nak jugak melompat tengah2 padang bawah terik matahari.

Taktahu berapa banyak kali melompat. End up semua sakit kaki.

Next kitorang pergi Macquarie Mall . Dekat je dengan Macquarie University.

Yogurt, Chatime semua aku bedal. Ni masa tengah tunggu Nasi Lemak. Hahaha.

Kononnya nak beli boost tapi rasa macam banyak dah spent dekat makanan. So planned nak beli masa last day. Tuptup masa last day boost tutup. Kempunan boost Aussie sampai sekarang.

Since petang free so sampailah dekat Bondi Beach. Sejuk gila weh dekat sini. Angin dia sejuk semacam tapi air dia sejuk biasa2 je.


We planned untuk lompat camni. Tapi time ni jugaklah ketiak dia gatal. Hahaha.

Sakit kaki aku melompat dari pagi.

Lompat sikit je ni. Photographer hebat sangat buat macam duduk atas angin.

Tengah melompat pun boleh lemas di udara. Hahaha.


Kalau dapat mandi bestni.


Tengah tunggu nak lintas jalan.

Night view sekitar Bondi Beach.

Churros dekat sekitar Bondi beach. Sedap dia punya churros!

2 September 2016
Lecturer Chemistry. Sempoi je. SIap bawa atomic model.

Lecture hall.

Harini hujan dari pagi sampai petang. So semua plan terpaksa cancel. Ramalan cuaca dekat sini sangat hebat. Semua orang memang depends dekat ramalan cuca untuk plan aktiviti diorang.

Lepas solat maghrib pergi pasaraya nearby motel. Buang tebiat pergi pakai slipper. Padan muka diri sendiri sebab sejuk.


Cheese dia jual macamni. Rasa macam nak beli jeeee. Tapi banyak yg tak halal.

3 September 2016

Nampak tak Sydney Tower tu?

Cuaca sangat baik harini seperti dalam ramalan cuaca.



Tak berkelip mata aku tengok uncle ni.








Kau tengoklaa perempuan kalau shopping. Haa ada yang beli luggage, tak muat barang nak angkut balik nanti lah tu.

Lelaki pun dahsyat tau shopping. Hahaha.

4 September 2016
Semua excited nak jumpa kangaroo & koala.

Dah kenapa dua2 ni merenung masa depan pulak. Hahaaha.

This is super cold. Aku pakai sweatshirt dah dkt dalam. Pastu sweater lagi. Layer dalam thermal wear lagi. I'm really Malaysian.

Nice gila view dari ferry ni.


Super excited nampak air warna hijau. Tak edit pun gambar ni.

Dalam cable car nak naik pergi zoo. Masa ni first time nampak gajah buang air besar air kecil semua dari cable car.

Aku bukak sweater sebab aku pakai sweat shirt pastu dalam pakai thermal wear lagi. Dah tengahari sejuk dia tak melampau sangat.


Ni cruise yang besar tu. Dari jauh biasa ke. Dekat2 ambil kau besar weh.

Berangan dapat masuk sini.

I dah sampai Hogwarts ni. Nak cari Harry Potter jap.

Pelajar first year Hogwarts. Bachelor in Wizard.







Macam geng budak nakal pulak.

Devils Delight Pancake @Pancakes On The Rocks. Orang cakap tempat ni famous dengan pancake dia. Memang ummpphh pun laa. Masa dekat sini terserempak Najwa Latif.

5 September 2016
Pagi sampai petang full class & lab visit. Petang pergi Fish Market., tutup lah pulak.

Jadinya kita makan Naan cheese. 

6 September 2016
Zoo kali kedua sebab zoo yang first takboleh pegang kangaroooo dengan koala.

Yay bangun pun awak.

Geli2 tangan dia jilat. Hahaha.

Maigad bulu dia lembut gilaaaa.

Semua keletihan selepas lompat dengan kangaroo.

7 September 2016
Dah jom balik. Nak ambil bau Sydney dulu before balik.

Bye Sydney. Jumpa lagi (maybe). Semua muka macam taknak balik Malaysia. Mostly pergi satu luggage balik ber-luggage2.

Very nice weather.

Sampai kolej terus laparrrrr. Esoknya start class dah. Aku rasa macam pucat gila muka aku. Macam nak makan orang pun ada.

Satu flight dengan Dato' Fazley & Imran Ajmain. And also aku ada terperasan Arlina Banana.

Masa ada dekat Sydney rasa selamat je pergi mana2. Kalau nak keluar malam sorang2 pun selamat je. Pakai sling bag takyah silang pun takpa. 

 Mula2 rajin tulis panjang2 dah sampai hujung tinggal gambar je. Nak update dari bulan 9 lagi tapi 2017 baru dapat update. Haha busy kemain.

Lastly, the journey was really awesome. Alhamdulillah & thanks for the opportunity given. Ada rezeki dapat pergi lagi. Jom start kumpul duit.